Wednesday, June 2, 2010

EduQuest Program Bersama Alumni SK Sementa!!

Assalamualaikum,

Rasanya ramai yg dah tahu program yg akan bakal berlangsung selepas Reunion kita di Port Dickson 18-20 June 2010 nnt. Tapi kepada yg belum tahu tentang program yg akan dijalankan oleh Alumni Bekas Pelajar SK Sementa ini nnt, boleh la bace kat thread ni.

EduQuest Program Bersama Alumni SK Sementa adalah program yg akan dijalankan untuk pelajar-pelajar sekolah Tahun 5 sebagai persediaan awal untuk mereka sebelum menghadapi peperiksaan UPSR tahun hadapan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang bekas2 pelajar SK Sementa yg terdiri daripada penuntut IPTA dan IPTS dalam dan luar negara selain dapat membalas jasa dan memberi khidmat masyarakat kepada sekolah yg telah banyak membantu dalam membina insan2 yg berjaya dan cemerlang.

Program ini merupakan anjuran yg julung2 kali dalam sejarah SK Sementa yg melibatkan pembabitan Alumni Bekas Pelajar SK Sementa itu sendiri dan dijalankan berdasarkan modul dan aktiviti yg telah dicipta khas oleh ahli ahlumni yg berpengalaman luas dan selari dgn latarbelakang peserta.

Kepercayaan yg besar telah diberi oleh pihak sekolah dan guru besar sendiri utk para fasilitator yg terdiri daripada kalangan bekas pelajar untuk menjalankan program yg bercorak 'Learning is Fun!!!'.

Berikut adalah butir2 tentang EduQuest Program Bersama Alumni Sekolah SK Sementa :
  • Tarikh : 26hb Jun 2010 (Sabtu)
  • Masa : 8.00 pagi - 12.30 tghari
  • Tempat : Sekolah Kebangsaan Sementa, Klang
  • Sasaran : Murid-murid Tahun 5
  • Dijalankan 100% oleh ahli alumni
Diharapkan anda dapat menyertai program ini seterusnya menjayakan aktiviti ini bersama2 bekas alumni yg lain.

salam ukhuwah~

Hakeem
(Ketua Fasilitator)

3 comments:

  1. ketua projek jek kot...
    awat ketua fasi plak??

    ReplyDelete
  2. ketua projek tu ketua fasi la...skali la tu. xkan aku nak letak ko jugak???

    ReplyDelete
  3. Wahhh..bila nak buat reunion sk sementa lagi nih...??

    ReplyDelete