Wednesday, June 2, 2010

EduQuest Program Bersama Alumni SK Sementa!!

Assalamualaikum,

Rasanya ramai yg dah tahu program yg akan bakal berlangsung selepas Reunion kita di Port Dickson 18-20 June 2010 nnt. Tapi kepada yg belum tahu tentang program yg akan dijalankan oleh Alumni Bekas Pelajar SK Sementa ini nnt, boleh la bace kat thread ni.

EduQuest Program Bersama Alumni SK Sementa adalah program yg akan dijalankan untuk pelajar-pelajar sekolah Tahun 5 sebagai persediaan awal untuk mereka sebelum menghadapi peperiksaan UPSR tahun hadapan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang bekas2 pelajar SK Sementa yg terdiri daripada penuntut IPTA dan IPTS dalam dan luar negara selain dapat membalas jasa dan memberi khidmat masyarakat kepada sekolah yg telah banyak membantu dalam membina insan2 yg berjaya dan cemerlang.

Program ini merupakan anjuran yg julung2 kali dalam sejarah SK Sementa yg melibatkan pembabitan Alumni Bekas Pelajar SK Sementa itu sendiri dan dijalankan berdasarkan modul dan aktiviti yg telah dicipta khas oleh ahli ahlumni yg berpengalaman luas dan selari dgn latarbelakang peserta.

Kepercayaan yg besar telah diberi oleh pihak sekolah dan guru besar sendiri utk para fasilitator yg terdiri daripada kalangan bekas pelajar untuk menjalankan program yg bercorak 'Learning is Fun!!!'.

Berikut adalah butir2 tentang EduQuest Program Bersama Alumni Sekolah SK Sementa :
  • Tarikh : 26hb Jun 2010 (Sabtu)
  • Masa : 8.00 pagi - 12.30 tghari
  • Tempat : Sekolah Kebangsaan Sementa, Klang
  • Sasaran : Murid-murid Tahun 5
  • Dijalankan 100% oleh ahli alumni
Diharapkan anda dapat menyertai program ini seterusnya menjayakan aktiviti ini bersama2 bekas alumni yg lain.

salam ukhuwah~

Hakeem
(Ketua Fasilitator)

Wednesday, May 26, 2010

Kenangan zaman kanak2~

Budak2 yg lahir pd thn 80'an mesti ingat mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak. - kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
- time rehat pon kdg² bkn gi makan..ada yg main kejar² la..xpon time paling besh beratur pjg nk gosok gigi dgn kehadiran nurse bwa replika gigi..tu pon time kita darjah 1..iye² la ke'poyo'an kita mnyerlah ikut nurse gosok gigi..
- time xbesh gigi rongak..ada je bnda nk patah..haha!!!
- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
- guna pencil kaler paling femes..luna,swan..kusyuk kaler buku kaler katun jepon bg yg pompuan la..haha!
- main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. msti byk collection pemadam la time tu,plg femes pemadam ntah mcm² negara.padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat (gold dust) dlm air tu. - cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ. - bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
- main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. apa yg femes time tu break game pkai bateri..susun block..msti tiap bebudak..ada nyer.. takpon main kad 'Donkey' laa..Happy family laa..carik ahli kuarge yg ilang..kuikui! "one family at home!"..egege~
- dak pompuan lak kompom beli "pompuan kertas" yg harga dia 10sen-20sen skeping..potong² lekat ngan baju dia..buat ganti barbie laa time tu..putus paler beli baru..kahkah~!
- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...tunjuk sapa nye parut lagik besar! mengong~!hahaha.. - balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
- Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban, Tomatoman dan mcm lg. jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~

pas r kt member2 korang.... mesti diorg tersengeh2 bace mende nih...

Wednesday, April 28, 2010

Port Dickson In The Making




Halaman rumah



Sleep & Dream Station



Wet Station



BBQ Station



The Beach



The Beach




Sedikit sebanyak gambaran mengenai penginapan & tempat aktiviti bagi reunion kita buat yang pertama kalinya... Diharapkan ramai daripada kita dapat menyertai aktiviti ini...

Monday, April 26, 2010

Update for reunion~

Perhatian kepada semua ahli

Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Sementa 96-01


Reunion yg akan berlangsung pada 11-13 June 2010 nnt akan diubah kerana terdapat masalah berkaitan dgn tempahan tempat tinggal dan lokasi. Jd event reunion tersebut akan ditunda pada tarikh tersebut


18-20 June 2010

(Jumaat,Sabtu,Ahad)


Lokasi tersebut akan diberitahu secepat mungkin.

Harap Maklum~

-Admin-



Thursday, April 22, 2010

Tarikh reunion

salam semue...

buat pengetahuan anda sekalian...
tarikh to kt nye reunion tlah dttp kn...
iaitu pd 11,12,13 bln 6....
sesiap yg berminat boleh la hubungi saudari fatin dno 0137162169.....
dharap kn kt dpt beramai2 memeriah kn reunion ini.....

**perkara datas adala utk bdk2 batch 89 shj.. harap maklom...**


-Ezad-
Project manager

Jadual aktivit reunion

Jadi ni merupakan jadual aktiviti bagi reunion kt kat PD nnt...
JUMAAT 11.6.2010..

- berkumpol kat umah Ijat pd jam 3 ptg....
- setlah selesai semue btolak ke PD dlm jam 4..
- agak2 sampai PD dlm jam 6 or 7 ptg troz check in n rehat...
- mlm plak kt ramai2 ge mkn kat kdai mane2 ngan p cri brg2 makn n bgr2 yg nk pkai tok keesok kn ary nye...

SABTU 12.6.2010..

- pg tu kt bkumpol kat pantai n jln kn aktiviti sukan yg akn drancang sampai tgh ary...
- tgh ary rehat n lunch kat kdai mane2 kew....
(wat ramai..hak3)
- ptg dlm kot 3 or 4 start blik aktiviti pantai..
(mandi smpai lemas...lyn banana boat sampai muntah pape jew ar...)
- mlm plak akn diadekan bbq n kalau ade karok skali. kalau xde pape kt akn bg buah aty sempene reunion kt kalau ade la...
(n ade org nk kene bang!! mlm tu..)

AHAD 13.6.2010..
-siap2 tok btolak pulang
(dlm kol 10 cm tu kt gerak ar...)

tu ada lah rancangan aku sbgai ketue projek ni...
hahahahaaaa...
ade cdangan lain..???


-Ezad-
Project Manager

Monday, April 5, 2010

Assalamualaikum~

Yes....4 da first time ever, kini blog Hingusan Sementa akan mula beroperasi utk memberi info terhadap aktiviti2 dan update kepada ahli2 bekas pelajar SK Sementa secara umumya.

Sbg permulaan, blog ini akan memerlukan sedikit pengubahsuaian dan pengenalan secara berperingkat kepada semua ahli.

Jd diharap, anda semua bersabar dan sentiasa memberi sokongan kepada blog Hingusan Sementa agar menjadi wadah kepada semua ahli khususnya bekas2 pelajar SK Sementa.


Sekian, terima kasih.

-admin-